17 September 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 1




Perlumbaan telah pun bermula. 10 pasukan dari pelbagai negara telah menyahut cabaran pada musim ini. Bermula dari Kuala Lumpur, Malaysia, kesemua pasukan ini dilepaskan oleh Allan Wu sebagai pengacara program ini.

Kesemua pasukan telah mendapat klu untuk ke Batu Caves, Selangor. Di situ, mereka telah mendapat task Road Block yang mana mereka dikehendaki mengira anak tangga yang terdapat di Batu Caves tersebut. Terdapat pasukan terpaksa naik turun beberapa kali kerana salah pengiraan dan ada juga pasukan yang dapat mengira dengan betul.

Selepas itu mereka ke Penang Peranakan Mansion dan melakukan beberapa task di negeri Pulau Mutiara itu.

Perlumbaan berakhir di atas kapal pelancongan Star Cruise yang mana mereka dikehendaki memilih salah satu dari dua task Detour.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Khairie & Ethan (Malaysia)
2. Richard & Richard (Philippines)
3. Claire & Michelle (Singapore)
4. Sunaina & Dimple (India)
5. Wendy & Alan (Hong Kong)
6. Ivan & Hilda (Malaysia)
7. Manas & Sahil (India)
8. Jess & Lani (Philippines)
9. Hussein & Natasha (Indonesia)
10. Yani & Nadine (Indonesia)

Bagi Khairie & Ethan, mungkin episod kali ini adalah kelebihan bagi mereka kerana beraksi di negara sendiri, namun masih awal untuk meramalkan siapakah juara TARA4 yang bakal membawa pulang US$100,000

Agak bertuah bagi Yani & Nadine kerana episod kali ini adalah episod 'predetermine and non-elemination leg' jadi mereka masih berpeluang untuk meneruskan perlumbaan walaupun dikenakan penalti untuk episod akan datang.

Saksikan The Amazing Race Asia 4 Episod 1 secara online. KLIK DI SINI




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails