04 September 2010

10 maut hari pertama Ops Sikap ke-22

KUALA LUMPUR: Sepuluh kematian dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap ke-22 semalam.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli, dalam satu kenyataan hari ini berkata daripada jumlah kematian itu, tujuh membabitkan motosikal, dua kereta dan satu lori.
Beliau berkata, sebanyak 1,121 kemalangan dicatat pada hari pertama Ops Sikap itu yang dilancar sempena sambutan Aidilfitri.

Rasdi berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 475 kes diikuti jalan persekutuan (281 kes), jalan negeri (183 kes), lebuh raya (115 kes) dan jalan-jalan lain sebanyak 67 kes.

"Sebanyak 9,625 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya.

Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 September. - BERNAMA



P/S: Aku tak faham kenapa setiap tahun kenapa perlu ada pergadaian nyawa di jalanraya ketika pulang beraya?




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails