26 July 2010

Elaun Cola untuk kakitangan awam & swasta bermula 1 Ogos 2010

Terima kasih kerajaan… Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.




Elaun Cola untuk kaki tangan awam dan swasta 1 ogos 2010
PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup)





NAJIB menanam pokok di tapak pembinaan kompleks putrajaya

Putra Jaya - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2010 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 petang hingga 4 petang pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam dan swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat-syarat berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja
2. Surat Pengesahan Kerja
3. Surat Akuan Majikan

dan...































80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola! Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung blogwalking, tapi jangan lupa komen dulu pastu klik-klik iklan yang ada.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk......


Whua whua whua whuaaaa??..
just for fun... :)




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails