30 June 2010

Suami mati di lokap, balu dapat ganti rugi RM1.4 juta

Seorang balu yang kematian suaminya 11 tahun lalu ketika ditahan di sebuah lokap di Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah, memperoleh ganti rugi RM1.4 juta setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati berlakunya kecuaian pada pihak polis.

Perkara itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng ketika membenarkan rayuan balas Suzana Md. Aris berhubung taksiran ganti rugi terdahulu terhadapnya sebanyak RM137,220.

Suzana sebelum ini menyaman Deputi Supritendan Ishak Hussin, Asisten Komisioner Massari Hashim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat setelah suaminya Mohd. Anuar Sharip, 31, yang ketika itu ditahan reman meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999.

Bagaimanapun Swee Seng dalam keputusannya hanya memerintahkan supaya bekas Ketua Polis Negara itu atas kapisiti peribadi dan kerajaan bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.


Source: Kosmo


P/S: Perghhh!!! Tak pasal-pasal jadi jutawan... mesti ramai teruna, duda, ngaku duda, laki orang ngejas janda ni huhuhu




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails