19 May 2010

4444

Sehari dua ni aku cam takde idea nak menulis. Maybe sebab sibuk ngan kerja kot. Hari ni plak 1 hari aku kat Gebeng sebab ada Factory Acceptance Test untuk loading arm baru yang akan dipasang kat kilang aku pada bulan Jun nanti.

Tapi ni takde kaitan dengan tajuk entry. Sebenarnya aku just nak menjejaki siapakah bakal menjadi pengunjung blog aku yang ke-4444. Adakah anda? Kaunter sekarang ni menunjukkan jumlah pengunjung setakat ini adalah 4024 bermakna perlu ada 420 pengunjung lagi untuk menjadi 4444 (Amboi!!! Sama ngan nilai mas kahwin aku RM4444.44)



Dengan itu sesiapa yang menjadi pengunjung aku yang ke-4444 MUNGKIN bakal mendapat hadiah misteri daripada aku. Mungkin tu nampak cam 90% ada chance tapi aku pun tak fikir lagi apa hadiah yang aku nak kasik. So, selalu aware la kalau berkunjung ke blog aku ni.

Kalau korang adalah pengunjung ke-4444, sila capture kaunter tersebut seperti contoh di atas, buat satu entry di blog korang dan letakkan gambar tersebut sebagai bukti dan jangan lupa letakkan link di bahagian komen entry ni...

SELAMAT BERJAYA!

P/S: Sebenarnya counter aku ni dah 2-3 kali aku reset :-(




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails