15 January 2010

Old pictures - reposting


Gambar tahun 1996 - masa ni kat Bintulu masa ada plant visit masa cuti pertengahan semester. Geng-geng semenanjung ngan Sabah/Sawarak yang jauh-jauh tak balik so management plan buat plant visit ke MLNG dan ABF. Ni namanya Pantai ABF. (Mana satu lagi gambar masa kat Sungai Rejang... tak jumpa plak)



1996 - Masa belajar kat Petronas Oil & Gas Technology Center, Kuching, Sarawak. Kitorang diwajibkan pakai T-shirt tu dan T-shirt satu lagi sebab masa tu takde lagi uniform biru... Belum siap!



1997 - Hahaha!!! Nak tergelak aku ngan gambar ni... Masa ni kitorang combine 3 kelas ada aktiviti operasi bina semangat. Ni masa memperkenalkan nama kumpulan, kitorang buat persembahan pentoman (betul tak eja ni...). Dari kiri, Najib, Din, tak ingat nama, Kamah, Hadi, Azizi dan aku.



1997 - Ni geng-geng sekelas aku. Dalam bas ke apa di panggil, nak gi melawat kilang (Plant visit)



1997 - Ni masa kat Lata Belatan ke apa tak ingat dah, kat Setiu ke Besut... Masa operasi bina semangat. Tengah ada aktiviti abseiling, relax kejap sementara tunggu giliran. Ni kawan aku, Wan Zulkifli... Actually kitorang dah kenal masa form 6 Sains kat Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu. Kitorang memula apply nak stay kat hostel tapi kena reject pasal ada cikgu nampak si Zul ni smoking kat bus stop hahaha!!! So, kitorang carilah rumah sewa dan duduk sama-sama tapi tak lama pun form 6, dalam sebulan je, kitorang dapat tawaran sama-sama tapi dia kat Batu Rakit dan aku dihantar ke Kuching.



1997 - Ni kat Batu Rakit dah ni... Area hostel.


P/S: Bila laa badan aku boleh jadi camni balik... Andai aku boleh undur masa, akan ku jaga tubuhku ini agar tidak membelon seperti sekarang...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails