16 September 2009

'Rasul Melayu' ditahan

Ketua ajaran sesat Haji Kahar Ahmad atau nama sebenarnya Abd Kahar Ahmad, 59, yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu' sempat menjamu selera sambil menonton televisyen sebelum kediamannya di Sungai Long, Kajang, dekat sini diserbu Jabatan Agama Islam Selangor, (Jais), pagi hari ini.

Ketika serbuan jam 9.45 pagi itu, Haji Kahar dikatakan berada di ruang tamu rumah sewa yang diduduki sejak beberapa bulan lalu itu bersama anak sulungnya, Zulhilmi serta seorang pembantu rumah.

Operasi itu membabitkan 12 anggota Jais dibantu polis itu dibuat hasil maklumat orang ramai sebelum Jais menyerbu kediaman terbabit.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengesan ketua ajaran sesat itu sebelum ini berjaya mengesannya kira-kira dua tahun lalu di sebuah apartment di ibu kota, namun ketika serbuan dijalankan dia sempat melarikan diri.

"Dia sebelum ini menyewa di sebuah apartmen di ibu kota yang majoritinya didiami orang bukan Islam bagi mengelakkan dirinya dikesan.

"Bagaimanapun selepas usaha berterusan kita berjaya mengesan kedudukannya dan hasil maklumat yang kita perolehi, kita menyerbu sebuah rumah di Sungai Long, Kajang hari ini (semalam)," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Source: Metro




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails